Tuesday, April 28, 2009

Mengatur Hidup

Mengatur Hidup

Untuk mengatur hidup supaya berjalan dengan wajar dan teratur.
Menjaga agama

Untuk menjaga agama mesti diadakan pemerintahan yang teratur. Dilarang murtad.
Menjaga Akal

Menjaga akal supaya jangan rusak. untuk menjaga akal, diperintahkan belajar dan menambah ilmu pengetahuan, dilarang keras minum minuman dan memakan makanan yang dapat merusakan akal.
Menjaga Jiwa

Menjaga jiwa supaya jangan binasa menurut yang tidak wajar. Dijaga hak hidup seseorang. Terlarang membunuh manusia atau membunuh diri sendiri, kecuali menurut peraturan yang telah ditentukan, seumpama jiwa dibayar jiwa.
Menjaga Harta Benda

Dijaga harta benda, diakui hak milik.dianjurkan berniaga, berusaha, bertani dan sebagainya pekerjaan yang halal. Dilarang mencuri. menipu harta orang, merompak,rasuah dan sebagainya.
Menjaga Keturunan

Disuruh bernikah kawin, dibenci melakukan talak kalau tidak terpaksa sangat. Dilarang berzina dan segala hubungan kelamin diluar nikah. Sebab Tuhan telah menyatakan bahawa manusia itu adalah makhluk ALLAH yang termulia dan bersopan santun, mempunyai akhlak yang tinggi. Sebab itu hendaklah seseorang manusia menghargai dirinya sendiri,sebab ALLAH telah menghargainya. Manusia baru mempunyai kebanggan diri dari sebab keturunannya.
Ayat 21 Surah Ar-Rum yang bermaksud,

''Dan setengah daripada tanda-tanda kebesaranNya bahawa Dia ciptakan untuk kamu darimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan diantara kamu cinta dan kasih sayang. sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir.''

Monday, April 27, 2009

DOA

Ya Allah...

Jangan aku dihukum disebabkan,

kekeliruan yang kulakukan,

Ampunkan aku,

Lindungilah perjalanan pulangku,

Janganlah kau jadikan diriku,

Sasaran malapetaka.

PERSOALAN?

1. Gelaran saya bagi awak?
=

2. Lagu sesuai untuk saya?
=

3. Yang awak ingat pasal saya?
=

4. Awak nak saya jadi apa untuk awak?
=

5. Nasihat untuk saya?
=

6. Benci atau Suka saya?
=

7. Nape ye?
=



Sms dari : Best Friends Nana@Lan (close couple)
Dikemaskini oleh : FataHya

JALAN & TUJUAN

"JALAN DAN TUJUAN"
Dunia menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan.
Bila tujuan seorang hamba menuju ALLAH,
pasti akan ditunjukkan-Nya menerusi SUNNAH.

Tips Mengetahui Jantina Anak Dalam Kandungan

Cuba perhatikan kedua-dua buku lali isteri anda (jika suami).
Jika kelihatan licin dan putih berseri, berkemungkinan anak lelaki.
Jika kelihatan kehijauan, mungkin anak perempuan, InsyaAllah.

Tips Agar Cepat Dipinang

Bacakan surah Yusuf pada sebekas air bersih sebanyak
3 kali pada malam Jumaat.
Air itu hendaklah dibuat mandi selama 3 pagi berturut-turut
dan diminum 7 kali setiap hari juga
selama 3 hari berturut-turut.

DOA UNTUK KEKASIH

DOA UNTUK YANG BERCINTA
SAPE-SAPE YANG TENGAH BERCINTA ATAU BARU NAK
BERCINTA ATAU TENGAH BERTUNANG...
ELOKLAH AMAL-AMALKANLAH DOA NIH..
"BINGKISAN DOA"
Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah...
ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan....
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

DOA TETAPKAN JODOH


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
agar bertambah kekuatan untuk menyintaimu…
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu,
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu…
AMIN...

Sunday, April 26, 2009

Menjual Diri Di Waktu Pagi

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Thursday, April 23, 2009

MENGAPA SENGAJA MELEWATKAN SOLAT

Peringatanlah untuk semua ye.... 

Ada cerita disebali kita melewatkan solat ni, buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan semua sekali yang agak-agak pernah buat tu beringat-ingatlah...buat diriku juga beringat sekali ye....
Al-Kisah bermulanya : 

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada"jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah.. -.
Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewatposkan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluantetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewatsembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.
Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. 

Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapalewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. 

Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerimapembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti. 

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau MahaPengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat didunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin...
Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktusolat asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang sengaja meninggalkan solat...ataupun dan biasa tinggal solat... emel nie sesuai utkdirenungi…
Muhasabah diri sendiri...

Wednesday, April 1, 2009

RAHSIA 7 SURAH

SURAH AL-KAHFI
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"
SURAH AS-SAJDAH
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata : "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"
SURAH YAASIN
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah Yasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".
SURAH AD-DUKHAN
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda : Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".
SURAH AL-WAQIAH
Rasulullah saw bersabda : " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"
SURAH AL-MULK
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"Dan Nabi saw bersabda : "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".
SURAH AL-HASYAR
Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati
 

Gerbang Dunia Islam © 2008. Design By: Gerbang Dunia Islam