Thursday, April 23, 2009

MENGAPA SENGAJA MELEWATKAN SOLAT

Peringatanlah untuk semua ye.... 

Ada cerita disebali kita melewatkan solat ni, buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan semua sekali yang agak-agak pernah buat tu beringat-ingatlah...buat diriku juga beringat sekali ye....
Al-Kisah bermulanya : 

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada"jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah.. -.
Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewatposkan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluantetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewatsembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.
Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan. 

Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapalewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. 

Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerimapembalasannya. Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti. 

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau MahaPengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat didunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin...
Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktusolat asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang sengaja meninggalkan solat...ataupun dan biasa tinggal solat... emel nie sesuai utkdirenungi…
Muhasabah diri sendiri...

0 comments:

Post a Comment

 

Gerbang Dunia Islam © 2008. Design By: Gerbang Dunia Islam